Program Nilam
PENGENALAN
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan(Pengurusan)
Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (Aktiviti)
Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun (Penilaian)
Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan(Pengurusan)
Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (Aktiviti)
Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun (Penilaian)
MATLAMAT
Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.
OBJEKTIF
1. Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti & bukan sahaja
pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)
2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat
membaca ini.
pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)
2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat
membaca ini.
CIRI - CIRI PELAKSANAAN
Rekod Bacaan (buku rekod murid)
Borang Rekod (penilaian guru)
Pengiktirafan (ganjaran ikut tahap)(cth: Tokoh Membaca/ Tokoh NILAM)
Borang Rekod (penilaian guru)
Pengiktirafan (ganjaran ikut tahap)(cth: Tokoh Membaca/ Tokoh NILAM)
TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM
Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:
1. Tahap Jauhari - membaca banyak buku & direkodkan (bil/ tajuk/ penulis/ringkasan)
2. Rakan Pembaca - sudah membaca 100 buku & jalankan aktiviti pembacaan
1. Tahap Jauhari - membaca banyak buku & direkodkan (bil/ tajuk/ penulis/ringkasan)
2. Rakan Pembaca - sudah membaca 100 buku & jalankan aktiviti pembacaan
NILAM TAHAP JAUHARI
Sekolah Rendah
Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan diri dengan banyak membaca sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu).
90 - 179 buku - Gangsa
180 - 269 buku - Perak
270 - 359 buku - Emas
360 buku ke atas - NILAM (permata)
90 - 179 buku - Gangsa
180 - 269 buku - Perak
270 - 359 buku - Emas
360 buku ke atas - NILAM (permata)
Sekolah Menengah
Pelajar pada peringkat menengah pula wajib melibatkan diri dalam aktiviti pembacaan berterusan sebaik sahaja mereka melangkah ke Tingkatan Satu.
72 - 143 buku - Gangsa
144 - 215 buku - Perak
216 - 287 buku - Emas
287 buku ke atas - NILAM (permata)
72 - 143 buku - Gangsa
144 - 215 buku - Perak
216 - 287 buku - Emas
287 buku ke atas - NILAM (permata)
RAKAN MEMBACA
--> Fasilitator membantu murid membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan murid secara formal ( dalam majlis / pertandingan ) atau tidak formal (misalnya kerja amal / di kelas).
--> Akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat-tempat aktiviti untuk menjalankan aktiviti RP.
--> Dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti :
aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku.
--> Akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini.
--> Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP
MARKAH PENGIKTIRAFAN
100-199 = Gangsa
200-299 = Perak
300-399 = Emas
400 ke atas = Nilam
AKTIVITI RAKAN PEMBACA
1. Bercerita tentang cerita dari buku yang telah dibaca (rekod) kepada penonton dalam pertandingan (formal), pelbagai bahasa dalam 5-7 minit.
2. Bercerita secara tidak formal seperti kerja amal utk lencana pengakap di rumah kebajikan (cth: bedtime stories)
3. Berucap secara tidak formal di dalam kelas (public speaking) semasa proses pengajaran. Cth:- menerangkan proses kitaran hujan (Sains) hasil dari pembacaan
- menerangkan jalan cerita / watak & tema dari buku sastera yang dibaca
- menerangkan tentang gerakan (Sejarah)
KIRAAN PEMARKAHAN TAHAP RAKAN PEMBACA
Aktiviti bercerita
1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
1 sesi x 100 pendengar = 5 markah
Membaca bersama
1 sesi x 5 pembaca = 5 markah
1 sesi x 10 pembaca = 5 markah
Bicara Buku / Forum Buku / Ulasan Buku
1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
1 sesi x 100 pendengar = 5 markah
Meminjamkan buku (t.t. peminjam)
1 buku x 2 peminjam = 2 markah
1 buku x 5 peminjam = 5 markah
1 buku x 5 peminjam = 5 markah
STRATEGI PELAKSANAAN
LANGKAH PERTAMA
Wujudkan Jawatankuasa dalam organisasi sekolah, yang mana :
i) Seorang guru perlu dilantik sebagai penyelaras NILAM dalam jawatankuasa PSS (NILAM adalah aktiviti sekolah), guru2 lain juga adalah guru NILAM.
ii) Guru NILAM bertanggungjawab untuk mengumpulkan data dari semua guru kelas
iii) Menyelaraskan sistem Fail Kuasa NILAM, Fail Pengurusan NILAM
iv) Menganjurkan aktiviti pembacaan (bekerjasama dengan guru lain)
LANGKAH KEDUA
1. Menyediakan bahan bacaan sebanyak mungkin di PSS atau adakan Peti Buku Bergerak / adakan perkhidmatan menjilid/ pinjaman
2. Menyediakan buku rekod (jual/ riso)
LANGKAH KETIGA
1. Wujudkan satu polisi di sekolah cara mengumpul data NILAM :
- sebulan sekali/ 3 bulan sekali.
- tarikh akhir hantar laporan atau data
- ada laporan ringkas peningkatan.
- bacaan pelajar secara individu / kelas
- ada profil murid pembaca NILAM.
- ada rekod pencapaian jumlah buku ikut subjek – kelas – tingkatan.
2. Galakkan murid membaca di sekolah semasa ketiadaan guru atau pada masa senggang di
rumah
3. Galakkan pemberian token / hadiah apabila murid capai ke satu tahap membaca (cth : SK -
beri stiker pd buku rekod / SM ; beri kupon utk tukar hadiah minuman/ T-shirt/cap)
4. Mengadakan kaedah kutipan rekod (cth) :
- guru matapelajaran tanda semasa kelas.
- guru kelas kutip buku rekod / fail pada setiap akhir dua bulan
- buku rekod NILAM simpan di PSS ikut kelas / ruang khas di PSS
- guru beri data kepada penyelaras NILAM
- guru NILAM kumpul data, buat analisis kira statistik & hantar data kepada penyelaras PSS.
LANGKAH KEEMPAT
1. Belajar & mengajar Teknik Kemahiran Membaca kepada murid
2. Adakan sesi aktiviti membaca dengan Kemahiran Membaca (satu masa khusus dalam PSS /
semasa proses P&P) dan guru tahu masalah membaca
STRATEGI MENJALANKAN AKTIVITI DAN MASA PELAKSANAAN
1. Guru-guru hendaklah memantau aktiviti pembacaan di sekolah misalnya :
- Satu masa membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas matapelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris atau bawa buku ke dalam kelas.
- Gunakan masa 1-2 waktu di PSS utk menjalankan aktiviti ; (murid cari
maklumat daripada bahan bacaan di PSS).
- Gunakan 10-15 minit semasa P&P untuk membaca teks tentang sesuatu tajuk pelajaran
dan catat sedikit nota (point form) ke dalam rekod, laporan penuh
direkodkan hanya apabila habis satu buku yg dikongsi dalam kelas (rizzo/ berapa helai
seminggu atau tulis di whiteboard)
- Membuat sesi bacaan puisi / poem recital semasa sesi pengajaran sebagai aktiviti Rakan
Pembaca
- Gunakan 10-15 minit utk. Membaca Dengan Kuat (Reading Aloud) dalam P&P
terutamanya dalam pelajaran B.I, Arab,agama atau satu aktiviti formal
- Utk m.pelajaran lain spt Sejarah / Kimia/ Sains, galakkan tugasan folio & catatkan
ringkasan ttg. buku rujukan utk tugasan.
CONTOH AKTIVITI MEMBACA
Ø Projek Pukal
Ø Projek Iqra
Ø Forum Buku (tajuk/ diskusi ttg tema dll)
Ø Khemah Membaca (pelbagai aktiviti)
Ø Bacaan Kegemaran Saya
Ø Kuiz Bestari (uji I.Q, Pengetahuan Am)
Ø Ulasan buku (secara menulis/lisan)
Ø Projek Cakna
Ø Peti Buku Bergerak (bawa buku ke kelas)
Ø Rantai Buku (sambung cerita)
LANGKAH KELIMA
1. Mengadakan Promosi Galakan Membaca
- Menampal poster NILAM / buat brosur NILAM di PSS & beri pada hari PIBG
- Kempen beli buku terpakai / derma buku semasa Bulan Membaca/ Minggu PSS / Hari
Kantin / Mesy. PIBG
- Adakan Kelab Buku Sekolah / PSS & dapatkan diskaun buku
- Galakkan pemberian hadiah / anugerah kepada guru :
- mencapai rekod mengumpul data NILAM terlengkap.
- data murid menghantar, rekod bacaan, NILAM teramai.
(dinner/ hi-tea for 2 / hadiah barangan elektrik semasa jamuan tahunan)
LANGKAH KEENAM (GANJARAN)
Ø Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan Murid pada setiap akhir tahun.
Ø Markah Rekod bacaan ini dikira dari jangkamasa 6 tahun persekolahan peringkat Rendah dan 5 tahun persekolahan peringkat Menengah.
Ø Markah Rekod Bacaan ini akan dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti apabila pelajar menamatkan persekolahannya.
Ø Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada pelajar yang layak menerimanya.
Ø Pelajar yang telah mencapai rekod bacaan tertinggi di peringkat kebangsaan akan diberi Anugerah NILAM.
FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIBERI PENEKANAN
Ø Penyediaan koleksi bahan-bahan bacaan pusat sumber.
Ø Sokongan pihak pentadbir sekolah (pemantauan & kewangan)
Ø Penglibatan ibubapa/ PIBG/ Y.B/JPN
Ø Sponsor / sumbangan syarikat, NGO
Sumber :
btpnkedah.edu.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan