Memaparkan catatan dengan label Diari Guru PSS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diari Guru PSS. Papar semua catatan

Isnin, 7 Mac 2016

Tugas hari ini di pss

Lama sudah tak update blog ni. Banyak tugas2 yang menanti dan sedang dilaksanakan. Cumanya berniat nak memeriahkan kembali blog ni.

Jadi sedikit catatan apa yang saya buat hari ni di pss.


Beli antivirus baru. Kongsi 6 users. 3 utk desktop pss dan 3 lagi utk laptop saya dan kawan2. Claim utk 3 pc pss saja. Harganya utk 3 users dah jadi rm89.50. Jadi jimat berbanding kalau beli yang 3 users saja harganya rm120.


Melabel buku dan menampal barkod buku yang tertinggal. Teringat ada pembantu. Kerja remeh temeh macam ni boleh diserahkan kpd pembantu saja.




Masih menampal barkod di kotak cd ni. Dan menbuat buku rekod penggunaan juga. Cd2 oh my english ni memang sering digunakan utk aktiviti panel bahasa inggeris. Berbaloi beli. Harganya rm399 utk 10 episod.

Jumaat, 29 Januari 2016

Deko PSS - peta I think

Sekarang dah tak ada pembantu terpaksa la mendeko sendiri pss. Cute kan peta I think ni..



Print saiz poster guna 4 helai kertas A4.




Dah siap lekat atas polisterin. Lom tampal sebab nak kena balut plastik dulu supaya tahan lama.

Plannya nanti bila waktu koko kelab pss, nak suruh pengawas buat aktiviti I think tentang pss.

Rabu, 3 Disember 2014

Salam bicara




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Telah lama blog ini ditinggalkan lantaran ketiadaan sumber manusia untuk menguruskannya. Penukaran Cikgu Hasanah ke Selangor yang amat cekap dalam bidang ICT telah merencatkan perkembangan blog ini. Saya, GPM amat sibuk dengan tugas hakiki sebagai GPM yang menuntut masa dan tenaga lantas blog ini terabai.

Barang yang lepas jangan dikenang, diharap tahun 2015 ini akan membuka lembaran baru dan blog pss aljauhar ini akan menjadi wadah ilmu untuk perkembangan pelajar dan sumber maklumat untuk warga di luar sana.

Saya juga berharap dengan kepimpinan baru, Pn Zurina (Pengetua) dan AJK PSS saya yang baru dan lama, pengawas PSS dan warga SMK Keladi akan dapat mengembeling tenaga dan idea untuk merancakkan blog dan FB PSS, malah berkolaboratif menjayakan semua aktiviti PSS yang dirancang untuk tahun 2015.






Rabu, 7 Julai 2010

Pelancaran Bulan Galakan Membaca

Bulan Galakan Membaca merupakan agenda tahunan. Namun masih tercari-cari pengisian sebenarnya. Lantas terpaksa bertanya kepada mantan Guru PSS – Pn. Rosemah. Apa sebenarnya yang perlu dilakukan?

Pn. Rosemah yang berpengalaman menerangkan sebaik mungkin. Barulah nampak sedikit cahaya. Katanya selongkar saja dokumentasi tahun-tahun lepas dan dokumen dalam komputer PSS tu, InsyaAllah dapat membantu. Benar katanya. Perancangan aktiviti sudah ada. Namun perlu mempengerusikan mesyuarat dahulu untuk memaklumkan aktiviti ini kepada semua Jawatankuasa Kerja.
Hemm.. Teringat kali pertama mempengerusikan mesyuarat. Suara terketar dan tenggelam timbul. Belum pernah bercakap di khalayak ramai yang semuanya cikgu senior. Nasib baik semua memahami dan PK juga tersenyum tanda berjaya di akhir mesyuarat.
Aktiviti sudah ada, perlu memilih cikgu untuk menjalankan tiap aktiviti. Hadiah perlu dicari dan ditempah. Harapnya masih sempat.

Nanti disambung di bahagian 2.. Apa yang terjadi semasa bulan membaca ini.
Akhir kalam doakan saya sukses.