Jumaat, 5 Mac 2010

Aktiviti NILAM


Antara aktiviti NILAM yang dicadangkan:


1. Projek CAKNA

Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru mengikut jadual ditempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing akan membantu pelajar yang tidak boleh membaca dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap buku yang dibaca. Pelajar yang lebih baik kefahamannya dan boleh menulis, mempersembahkan kefahaman mereka dalam bentuk grafik, komik, kartun dan kulit buku.



2. 1 + 1 = 100

Seorang pelajar membaca sebuah buku dan disebarkan kepada 100 orang rakannya.

3. 30 Minit Bersama Buku

AJK memilih hari dan masa yang sesuai mengikut jadual waktu. Hari dan masa akan berubah pada minggu berikutnya, melibatkan semua warga sekolah. Aktivti membaca ditetapkan oleh guru matapelajaran pada waktu tersebut. Catatan dimasukkan dalam buku program dan buku rekod membaca.


4. Anotasi Buku

Pelajar membuat ulasan mengenai buku yang dibaca melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

5. Bercerita

Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang sesebuah cerita dengan menceritakan semula kepada rakan lain.

6. Bina Minda / Mindaku Kreatif/ Semarak Minda

Pelajar menggunakan imaginasi untuk meluaskan idea dan kefahamannya berdasarkan sebuah buku yang dibacanya.

7. Khemah Membaca

Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pencarian maklumat. Pelajar akan mempamirkan hasilan projek dan persembahan di akhir kursus.

7 Lakonan

Kumpulan pelajar yang telah membaca buku yang sama merancang dan mengelola satu persembahan berdasarkan cerita dari buku tersebut.

8 Membaca Bersama

Pelajar memilih rakan-rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca bersama. Mereka membaca buku yang sama untuk mencari maklumat tentang sesuatu tajuk yang mereka pilih.

9 Membanding dan Membeza

Pelajar menggunakan rajah Venn untuk membandingkan keadaan sesuatu watak sebelum dan selepas sesuatu peristiwa yang dialaminya, atau membandingkan dua watak dalam sebuah cerita.

12. Membuat Seekor Ulat Buku

Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen ‘ulat buku’.

10 Puisi

Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sesebuah puisi yang dibaca dengan menulis apa yang dirasai dan sebab mereka merasai begitu.

11 Wadah Bestari

Pelajar diberi satu tajuk, kemudian pelajar tersebut merujuk beberapa buah buku untuk memetik fakta. Tajuk tersebut didedahkan semasa perhimpunan mingguan. Pelajar lain dikehendaki mencatat apa yang dilafazkan pelajar tesebut.

12 Perbahasan

Pelajar berdebat secara formal tentang suatu isu dengan mengambil petikan dari beberapa buku yang telah dibacanya untuk menyokong hujahnya.

13 Bicara Buku (forum)

Sekumpulan pelajar menggunakan daya kreatif masing-masing untuk membuat ulasan, kupasan dan kritikan mengenai sebuah buku.

14 Pidato

Pelajar menyampaikan pidatonya dengan mengambil petikan dari beberapa buku yang telah dibacanya untuk menyokong hujahnya.

15 Spelling Bees

Interpretation of poetry or prose from a book comprising anything from half a dozen to a hundred speakers. It involves a full and varied use of individual voices that make up a group.

16 Choral Speaking

A chain spelling activities by a group of students. A ’Bee Master’ choose a word from a book, spell and say the word.. The last person will continue to spell and say a new word according to the last alphabetical letter of the word spelled by the bee master.

17 Pinjamkan Buku

Pelajar memperkenalkan sebuah buku yang telah dibacanya kepada kumpulannya kemudian meminjamkan buku tersebut kepada rakan dalam kumpulannya tadi.

18 Projek Banyak Membaca

Mempamerkan carta skor nilam di tempat sesuai untuk menunjukkan jumlah bacaan pelajar. Ganjaran diberikan kepada pembaca terbanyak.

19 ‘Walking Dictionary’

Pelajar memakai tag nama di mana perkataan perbendaharaan kata bagi minggu itu diperkenalkan.

20 Akhbar Dalam Darjah

Penggunaan Suratkhabar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

21 Buku Ditangan

Pelajar-pelajar sentiasa bersama buku di mana-mana saja mereka berada.

22 Buku Skrap

Merupakan aktiviti bulanan dan bahan diambil dari petikan majalah atau akhbar.

23 Bulan Membaca

Beberapa aktiviti membaca dijalankan di sepanjang bulan Julai setiap tahun.

24 Laluan Iqra / Hentian ilmu

Bahan bacaan diletakan di sudut-sudut tertentu untuk dibaca murid pada waktu rehat.

25 Minggu Membaca

AJK memilih minggu yang bersesuaian. Aktiviti yang dirancang biasanya dalam bentuk pertandingan.

26 Projek Literasi Maklumat / Info- Hunt

Kemahiran mencari bahan merupakan satu proses penting untuk mencapai pembelajaran yang berkesan. Murid dilatih mencari bahan dari: rak, ‘paper cutting’, ‘micro film’, ‘electronic journal’, sumber media dan glosari buku.

27 Projek Pukal

Kotak / bakul bacaan yang dibekalkan oleh PSS dan dikendalikan oleh guru kelas.

28 Kuiz Bestari

Kuiz berkaitan mata pelajaran di sekolah.

29 Kisahkan Semula

Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, menulis semula cerita dengan perkataan sendiri.

30 Melukis Kulit Buku

Pelajar perlu membaca sebelum melukis kulit buku. Biasanya buku yang dipertandingkan tiada kulit ( buku rosak atau sedang dibaik pulih).

31 Menyambut hari berkenaan buku

* Bulan Membaca Kebangsaan – Julai

* Hari Buku Sedunia – 23 April

* Hari Pusat Sumber Sekolah Antarabangsa – Isnin minggu keempat Oktober


Tiada ulasan:

Catat Ulasan