Jumaat, 26 Mac 2010
Larian 1 Malaysia
Ujian 1
Keceriaan sekolah
Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Guru dan pelajar berarak daripada SMK Keladi ke Masjid Kg. Keladi. Apabila tiba di Masjid Kg. Keladi, pelajar diberi jamuan ringan dan seterusnya mendengar ceramah oleh ustaz yang telah dijemput khas.
Jumaat, 5 Mac 2010
Aktiviti NILAM
Antara aktiviti NILAM yang dicadangkan:
1. Projek CAKNA
Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru mengikut jadual ditempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing akan membantu pelajar yang tidak boleh membaca dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap buku yang dibaca. Pelajar yang lebih baik kefahamannya dan boleh menulis, mempersembahkan kefahaman mereka dalam bentuk grafik, komik, kartun dan kulit buku. 2. 1 + 1 = 100 Seorang pelajar membaca sebuah buku dan disebarkan kepada 100 orang rakannya. 3. 30 Minit Bersama Buku AJK memilih hari dan masa yang sesuai mengikut jadual waktu. Hari dan masa akan berubah pada minggu berikutnya, melibatkan semua warga sekolah. Aktivti membaca ditetapkan oleh guru matapelajaran pada waktu tersebut. Catatan dimasukkan dalam buku program dan buku rekod membaca. 4. Anotasi Buku Pelajar membuat ulasan mengenai buku yang dibaca melalui proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Bercerita Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang sesebuah cerita dengan menceritakan semula kepada rakan lain. 6. Bina Minda / Mindaku Kreatif/ Semarak Minda Pelajar menggunakan imaginasi untuk meluaskan idea dan kefahamannya berdasarkan sebuah buku yang dibacanya. 7. Khemah Membaca Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pencarian maklumat. Pelajar akan mempamirkan hasilan projek dan persembahan di akhir kursus. 7 Lakonan Kumpulan pelajar yang telah membaca buku yang sama merancang dan mengelola satu persembahan berdasarkan cerita dari buku tersebut. 8 Membaca Bersama Pelajar memilih rakan-rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca bersama. Mereka membaca buku yang sama untuk mencari maklumat tentang sesuatu tajuk yang mereka pilih. 9 Membanding dan Membeza Pelajar menggunakan rajah Venn untuk membandingkan keadaan sesuatu watak sebelum dan selepas sesuatu peristiwa yang dialaminya, atau membandingkan dua watak dalam sebuah cerita. 12. Membuat Seekor Ulat Buku Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen ‘ulat buku’. 10 Puisi Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sesebuah puisi yang dibaca dengan menulis apa yang dirasai dan sebab mereka merasai begitu. 11 Wadah Bestari Pelajar diberi satu tajuk, kemudian pelajar tersebut merujuk beberapa buah buku untuk memetik fakta. Tajuk tersebut didedahkan semasa perhimpunan mingguan. Pelajar lain dikehendaki mencatat apa yang dilafazkan pelajar tesebut. 12 Perbahasan Pelajar berdebat secara formal tentang suatu isu dengan mengambil petikan dari beberapa buku yang telah dibacanya untuk menyokong hujahnya. 13 Bicara Buku (forum) Sekumpulan pelajar menggunakan daya kreatif masing-masing untuk membuat ulasan, kupasan dan kritikan mengenai sebuah buku. 14 Pidato Pelajar menyampaikan pidatonya dengan mengambil petikan dari beberapa buku yang telah dibacanya untuk menyokong hujahnya. 15 Spelling Bees Interpretation of poetry or prose from a book comprising anything from half a dozen to a hundred speakers. It involves a full and varied use of individual voices that make up a group. 16 Choral Speaking A chain spelling activities by a group of students. A ’Bee Master’ choose a word from a book, spell and say the word.. The last person will continue to spell and say a new word according to the last alphabetical letter of the word spelled by the bee master. 17 Pinjamkan Buku Pelajar memperkenalkan sebuah buku yang telah dibacanya kepada kumpulannya kemudian meminjamkan buku tersebut kepada rakan dalam kumpulannya tadi. 18 Projek Banyak Membaca Mempamerkan carta skor nilam di tempat sesuai untuk menunjukkan jumlah bacaan pelajar. Ganjaran diberikan kepada pembaca terbanyak. 19 ‘Walking Dictionary’ Pelajar memakai tag nama di mana perkataan perbendaharaan kata bagi minggu itu diperkenalkan. 20 Akhbar Dalam Darjah Penggunaan Suratkhabar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 21 Buku Ditangan Pelajar-pelajar sentiasa bersama buku di mana-mana saja mereka berada. 22 Buku Skrap Merupakan aktiviti bulanan dan bahan diambil dari petikan majalah atau akhbar. 23 Bulan Membaca Beberapa aktiviti membaca dijalankan di sepanjang bulan Julai setiap tahun. 24 Laluan Iqra / Hentian ilmu Bahan bacaan diletakan di sudut-sudut tertentu untuk dibaca murid pada waktu rehat. 25 Minggu Membaca AJK memilih minggu yang bersesuaian. Aktiviti yang dirancang biasanya dalam bentuk pertandingan. 26 Projek Literasi Maklumat / Info- Hunt Kemahiran mencari bahan merupakan satu proses penting untuk mencapai pembelajaran yang berkesan. Murid dilatih mencari bahan dari: rak, ‘paper cutting’, ‘micro film’, ‘electronic journal’, sumber media dan glosari buku. 27 Projek Pukal Kotak / bakul bacaan yang dibekalkan oleh PSS dan dikendalikan oleh guru kelas. 28 Kuiz Bestari Kuiz berkaitan mata pelajaran di sekolah. 29 Kisahkan Semula Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, menulis semula cerita dengan perkataan sendiri. 30 Melukis Kulit Buku Pelajar perlu membaca sebelum melukis kulit buku. Biasanya buku yang dipertandingkan tiada kulit ( buku rosak atau sedang dibaik pulih). 31 Menyambut hari berkenaan buku * Bulan Membaca Kebangsaan – Julai * Hari Buku Sedunia – 23 April * Hari Pusat Sumber Sekolah Antarabangsa – Isnin minggu keempat Oktober
Laporan NILAM
Laporan NILAM akan dilengkapkan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan mengira jumlah laporan bacaan pelajar setiap 3 bulan sekali.
Jadual NILAM
Sistem Automasi
i) Modul OPAC
OPAC adalah singkatan kepada ’ Online public Access Cataloging’. Ia adalah satu kaedah di mana pengguna boleh menggunakan mengakses bahan buku-buku dan bahan media yang terdapat di dalam perpustakaan secara elektronik ataupun manual. ii) Modul operasi Modul operasi dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu pinjaman, penghantaran dan penempahan. Alat pengimbas kod bar diperlukan untuk melakukan pinjaman dan penghantaran. iii) Modul pendaftaran Mengandungi dua bahagian iaitu peminjam dan bahan. Bahagian peminjam adalah untuk mendaftarkan ahli sebelum urusan pinjaman dijalankan.Bahagian bahan pula telah tersedia dengan kod panggilan Dewey. iv) Modul bayaran Modul untuk pembayaran yuran dan denda. Ia juga merangkumi pembayaran untuk gantirugi bahan yang rosak dan hilang. v) Modul inventori Modul ini membolehkan bahan yang ada di dalam perpustakaan disemak mengikut tajuk / penerbit / pengarang / deskripsi / no. rujukan / no. panggilan / subjek atau jenis bahan. vi) Modul laporan Sistem ini memberi maklumat tentang peminjaman, bahan, peminjam, graf dan kadar serta NILAM. vii) Modul utiliti Dalam modul ini, tahap akses atau tahap sekuriti pengguna sistem ini boleh ditetapkan. viii) Modul tambahan Dalam modul tambahan ini, pengguna boleh menggunakan Microsft Excel untuk memindahkan data dari pangkalan data dan sebaliknya.
PENGENALAN NILAM
Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan(Pengurusan)
Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (Aktiviti)
Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun (Penilaian)
pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)
2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat
membaca ini.
Borang Rekod (penilaian guru)
Pengiktirafan (ganjaran ikut tahap)(cth: Tokoh Membaca/ Tokoh NILAM)
1. Tahap Jauhari - membaca banyak buku & direkodkan (bil/ tajuk/ penulis/ringkasan)
2. Rakan Pembaca - sudah membaca 100 buku & jalankan aktiviti pembacaan
90 - 179 buku - Gangsa
180 - 269 buku - Perak
270 - 359 buku - Emas
360 buku ke atas - NILAM (permata)
72 - 143 buku - Gangsa
144 - 215 buku - Perak
216 - 287 buku - Emas
287 buku ke atas - NILAM (permata)
--> Fasilitator membantu murid membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan murid secara formal ( dalam majlis / pertandingan ) atau tidak formal (misalnya kerja amal / di kelas).
--> Akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat-tempat aktiviti untuk menjalankan aktiviti RP.
--> Dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti :
aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku.
--> Akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini.
--> Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP
100-199 = Gangsa
200-299 = Perak
300-399 = Emas
400 ke atas = Nilam
1. Bercerita tentang cerita dari buku yang telah dibaca (rekod) kepada penonton dalam pertandingan (formal), pelbagai bahasa dalam 5-7 minit.
2. Bercerita secara tidak formal seperti kerja amal utk lencana pengakap di rumah kebajikan (cth: bedtime stories)
3. Berucap secara tidak formal di dalam kelas (public speaking) semasa proses pengajaran. Cth:- menerangkan proses kitaran hujan (Sains) hasil dari pembacaan
- menerangkan jalan cerita / watak & tema dari buku sastera yang dibaca
- menerangkan tentang gerakan (Sejarah)
1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
1 sesi x 100 pendengar = 5 markah
1 sesi x 5 pembaca = 5 markah
1 sesi x 10 pembaca = 5 markah
1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
1 sesi x 100 pendengar = 5 markah
1 buku x 5 peminjam = 5 markah
LANGKAH PERTAMA
Wujudkan Jawatankuasa dalam organisasi sekolah, yang mana :
i) Seorang guru perlu dilantik sebagai penyelaras NILAM dalam jawatankuasa PSS (NILAM adalah aktiviti sekolah), guru2 lain juga adalah guru NILAM.
ii) Guru NILAM bertanggungjawab untuk mengumpulkan data dari semua guru kelas
iii) Menyelaraskan sistem Fail Kuasa NILAM, Fail Pengurusan NILAM
iv) Menganjurkan aktiviti pembacaan (bekerjasama dengan guru lain)
1. Menyediakan bahan bacaan sebanyak mungkin di PSS atau adakan Peti Buku Bergerak / adakan perkhidmatan menjilid/ pinjaman
2. Menyediakan buku rekod (jual/ riso)
LANGKAH KETIGA
1. Wujudkan satu polisi di sekolah cara mengumpul data NILAM :
- sebulan sekali/ 3 bulan sekali.
- tarikh akhir hantar laporan atau data
- ada laporan ringkas peningkatan.
- bacaan pelajar secara individu / kelas
- ada profil murid pembaca NILAM.
- ada rekod pencapaian jumlah buku ikut subjek – kelas – tingkatan.
2. Galakkan murid membaca di sekolah semasa ketiadaan guru atau pada masa senggang di
rumah
3. Galakkan pemberian token / hadiah apabila murid capai ke satu tahap membaca (cth : SK -
beri stiker pd buku rekod / SM ; beri kupon utk tukar hadiah minuman/ T-shirt/cap)
4. Mengadakan kaedah kutipan rekod (cth) :
- guru matapelajaran tanda semasa kelas.
- guru kelas kutip buku rekod / fail pada setiap akhir dua bulan
- buku rekod NILAM simpan di PSS ikut kelas / ruang khas di PSS
- guru beri data kepada penyelaras NILAM
- guru NILAM kumpul data, buat analisis kira statistik & hantar data kepada penyelaras PSS.
1. Belajar & mengajar Teknik Kemahiran Membaca kepada murid
2. Adakan sesi aktiviti membaca dengan Kemahiran Membaca (satu masa khusus dalam PSS /
semasa proses P&P) dan guru tahu masalah membaca
STRATEGI MENJALANKAN AKTIVITI DAN MASA PELAKSANAAN
1. Guru-guru hendaklah memantau aktiviti pembacaan di sekolah misalnya :
- Satu masa membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas matapelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris atau bawa buku ke dalam kelas.
- Gunakan masa 1-2 waktu di PSS utk menjalankan aktiviti ; (murid cari
maklumat daripada bahan bacaan di PSS).
- Gunakan 10-15 minit semasa P&P untuk membaca teks tentang sesuatu tajuk pelajaran
dan catat sedikit nota (point form) ke dalam rekod, laporan penuh
direkodkan hanya apabila habis satu buku yg dikongsi dalam kelas (rizzo/ berapa helai
seminggu atau tulis di whiteboard)
- Membuat sesi bacaan puisi / poem recital semasa sesi pengajaran sebagai aktiviti Rakan
Pembaca
- Gunakan 10-15 minit utk. Membaca Dengan Kuat (Reading Aloud) dalam P&P
terutamanya dalam pelajaran B.I, Arab,agama atau satu aktiviti formal
- Utk m.pelajaran lain spt Sejarah / Kimia/ Sains, galakkan tugasan folio & catatkan
ringkasan ttg. buku rujukan utk tugasan.
CONTOH AKTIVITI MEMBACA
Ø Projek Pukal
Ø Projek Iqra
Ø Forum Buku (tajuk/ diskusi ttg tema dll)
Ø Khemah Membaca (pelbagai aktiviti)
Ø Bacaan Kegemaran Saya
Ø Kuiz Bestari (uji I.Q, Pengetahuan Am)
Ø Ulasan buku (secara menulis/lisan)
Ø Projek Cakna
Ø Peti Buku Bergerak (bawa buku ke kelas)
Ø Rantai Buku (sambung cerita)
LANGKAH KELIMA
1. Mengadakan Promosi Galakan Membaca
- Menampal poster NILAM / buat brosur NILAM di PSS & beri pada hari PIBG
- Kempen beli buku terpakai / derma buku semasa Bulan Membaca/ Minggu PSS / Hari
Kantin / Mesy. PIBG
- Adakan Kelab Buku Sekolah / PSS & dapatkan diskaun buku
- Galakkan pemberian hadiah / anugerah kepada guru :
- mencapai rekod mengumpul data NILAM terlengkap.
- data murid menghantar, rekod bacaan, NILAM teramai.
(dinner/ hi-tea for 2 / hadiah barangan elektrik semasa jamuan tahunan)
LANGKAH KEENAM (GANJARAN)
Ø Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan Murid pada setiap akhir tahun.
Ø Markah Rekod bacaan ini dikira dari jangkamasa 6 tahun persekolahan peringkat Rendah dan 5 tahun persekolahan peringkat Menengah.
Ø Markah Rekod Bacaan ini akan dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti apabila pelajar menamatkan persekolahannya.
Ø Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada pelajar yang layak menerimanya.
Ø Pelajar yang telah mencapai rekod bacaan tertinggi di peringkat kebangsaan akan diberi Anugerah NILAM.
FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIBERI PENEKANAN
Ø Penyediaan koleksi bahan-bahan bacaan pusat sumber.
Ø Sokongan pihak pentadbir sekolah (pemantauan & kewangan)
Ø Penglibatan ibubapa/ PIBG/ Y.B/JPN
Ø Sponsor / sumbangan syarikat, NGO
Jawatankuasa Lembaga Pengawas Pusat Sumber al-Jauhar 2010
PENGERUSI : Liana Bt. Mansor (6A1)
NAIB PENGERUSI : Zulnurain Bt. Dzulkarnain (5 S)
SETIAUSAHA : Nurul Hamiza Bt. Zaffarollah (5 S)
PEN. SETIAUSAHA : Syaza Nabilah Bt. Rosli (5S)
BENDAHARI : Sheerem Bt. Shahruzzaman (5 MPV)
AHLI JAWATANKUASA
WEBMASTER : Nurul Hamiza (5 S)
PUBLISITI : Syaza Nabilah (5S)
KECERIAAN : Syaaban (5K2)
NILAM : Zulnurain ( 5 S)
Jawatankuasa Induk Pusat Sumber al-Jauhar 2010
NAIB PENGERUSI : En. Mat Isa b. Ibrahim (PK 1)
SETIAUSAHA : Pn. Zuraihan bt. Yusof (GPM)
AHLI JAWATANKUASA : En. Hamdi b Mat Ali (PK HEM)
En. Roslan b Don (PK KOKO)
En. Abd. Zulqurnain b Hassan (GK Kemanusiaan)
Pn. Norfaza bt Ahmed Zawawi (GK Bahasa)
Pn. Hasmah bt Abdullah (GK Sains dan Matematik)
Pn. Zabariah bt Mamat (GK Teknik Vokasional)
En. Hashim b Daud (Wakil PIBG)
Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber al-Jauhar 2010
PK PENTADBIRAN : En. Mat Isa b. Ibrahim
PENYELARAS PSS : Pn. Zuraihan bt. Yusof
UNIT PERPUSTAKAAN : Pn. Rosemah bt. Adenan
En. Mokhtar b. Daud
UNIT MEDIA : Pn. Nurhasanah bt. Che Mat
UNIT ABM : Cik Rofizah bt. Ahmad
UNIT NILAM : Pn. Norfaza bt. Mohamed Zawawi
TINGKATAN 6 : Pn. Salmiah bt. Md Isa
TINGKATAN 5 : Pn. Sofiah bt. Hashim
TINGKATAN 4 : Pn. Norlida bt. Ahmad Zainudin
TINGKATAN 3 : Pn. Ku Atikah bt. Ku Ismail
TINGKATAN 2 : Pn. Zuraini bt. Ishak
TINGKATAN 1 : Pn. Rosmawati bt. Din
Matlamat PSS
- Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
- Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
- Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.
- Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer.
Objektif PSS
Menguruskan maklumat
PSS sebagai tempat mengumpul, menyimpan serta mengedarkan berbagai-bagai maklumat. Maklumat-maklumat ini mencakupi pelbagai bidang keilmuan seperti kemanusiaan, sains, teknologi, agama dan sebagainya. Dengan maklumat-maklumat inilah guru-guru dan para pelajar dapat memperkayakan pengalaman-pengalaman pengajaran pembelajaran mereka.
Kecemerlangan pendidikan
Adalah diharapkan PSS akan dapat mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran serta dapat meningkatkan prestasi pencapaian akademik dikalangan pelajar-pelajarnya.
Penggunaan kemudahan
Menggalakkan pelajar-pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka mempunyai tahap keilmuan yang tinggi hasilnya dari kajian dan pembacaan yang tidak ditumpukan kepada buku teks semata-mata.
Memupuk Tabiat Belajar
Adalah diharapkan dengan adanya Pusat Sumber Sekolah akan dapat menbantu memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.
Penghasilan Bahan
Pusat Sumber Sekolah juga merupakan tempat untuk menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan/ bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Perkhidmatan Pembelajaran
Pusat Sumber Sekolah juga harus berupaya memberi pandangan dan cadangan untuk melaksanakan kurikulum sekolah dengan berkesan. Oleh yang demikian, kakitangannya bukan sahaja mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang media pendidikan tetapi juga bagaimana media dapat disepadukan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya berkesan. Khidmat runding dan nasihat ini hendaklah ditawarkan bila-bila masa yang diperlukan. Ia boleh diberi dalam bentuk sesi tunjuk ajar, bengkel, kursus, pameran, temubual, dialog atau apa sahaja cara yang boleh menghasilkan konteks antara kakitangan media dengan guru-guru dan para pelajar.
Kemahiran Maklumat
Pusat Sumber Sekolah juga seharusnya berperanan melatih pelajar-pelajar supaya dapat menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran mereka.