Jumaat, 5 Mac 2010

Sistem Automasi

i) Modul OPAC

OPAC adalah singkatan kepada ’ Online public Access Cataloging’. Ia adalah satu kaedah di mana pengguna boleh menggunakan mengakses bahan buku-buku dan bahan media yang terdapat di dalam perpustakaan secara elektronik ataupun manual.




ii) Modul operasi

Modul operasi dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu pinjaman, penghantaran dan penempahan. Alat pengimbas kod bar diperlukan untuk melakukan pinjaman dan penghantaran.


iii) Modul pendaftaran

Mengandungi dua bahagian iaitu peminjam dan bahan. Bahagian peminjam adalah untuk mendaftarkan ahli sebelum urusan pinjaman dijalankan.Bahagian bahan pula telah tersedia dengan kod panggilan Dewey.


iv) Modul bayaran

Modul untuk pembayaran yuran dan denda. Ia juga merangkumi pembayaran untuk gantirugi bahan yang rosak dan hilang.


v) Modul inventori

Modul ini membolehkan bahan yang ada di dalam perpustakaan disemak mengikut tajuk / penerbit / pengarang / deskripsi / no. rujukan / no. panggilan / subjek atau jenis bahan.


vi) Modul laporan

Sistem ini memberi maklumat tentang peminjaman, bahan, peminjam, graf dan kadar serta NILAM.


vii) Modul utiliti

Dalam modul ini, tahap akses atau tahap sekuriti pengguna sistem ini boleh ditetapkan.


viii) Modul tambahan

Dalam modul tambahan ini, pengguna boleh menggunakan Microsft Excel untuk memindahkan data dari pangkalan data dan sebaliknya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan