Jumaat, 26 Mac 2010

Keceriaan sekolah



Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi telah membeli sebanyak 200 pokok bunga kertas pelbagai jenis dan warna untuk ditanam di kawasan sekitar sekolah. Ini adalah bertujuan untuk menceriakan lagi kawasan sekolah dan memupuk sikap sayangkan tanaman di hati pelajar.

Para pelajar turut membantu menanam pokok-pokok bunga kertas tersebut di sepanjang jalan utama pintu masuk ke sekolah serta bergilir-gilir menyiram semua pokok ini..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan