Selasa, 29 Jun 2010

Sumbangan daripada SilTerra Kulim




Pusat Sumber al-Jauhar, Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan SilTerra Malaysia Sdn. Bhd. cawangan Kulim yang telah menyumbangkan beberapa peralatan pejabat seperti kabinet, kerusi dan almari buku.

Hasil daripada sumbangan ini, Pusat Sumber al-Jauhar bertambah ceria, tersusun dan lebih menarik. Ini dapat menarik perhatian ramai pelajar dan memudahkan pihak pengurusan PSS menjalankan kerja pentadbiran di Pusat Sumber al-Jauhar.

Pihak SilTerra juga saban tahun menyumbangkan sesuatu kepada sekolah-sekolah di kawasan Kulim ini. Diharap kerjasama dan sifat dermawan yang ditunjukkan oleh pihak SilTerra ini menjadi ikutan dan contoh kepada syarikat globalisasi yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan