Rabu, 30 Jun 2010

Pemakanan Untuk Otak

Semua pelajar-pelajar , sama ada pelajar aliran akademik, pelajar aliran agama atau mereka yang menghafal Al-Quran mempunyai satu cita-cita untuk berjaya , kalau boleh secepat mungkin.

Faktor kejayaan memang banyak ,selain dari keizinan dari Allah , faktor usaha , faktor persekitaran serta faktor ibubapa juga menjadi penyumbang untuk pencapaian yang cemerlang. Di sini ada beberapa tips untuk pemakanan yang menguatkan ingatan dan elakkan makanan yang menyumbang kepada lemah daya ingatan.


Diantara makanan yang menguatkan ingatan ialah:-

1. Madu lebah diminum dengan sudu plastik. (Surah al-Nahl ayat 68 , Allah menjelaskan bahawa madu yang keluar daripada lebah berperanan sebagai ubat bagi pelbagai jenis penyakit .)

2. Tamar (kurma)

3. Habatus sauda'

4. Kacang soya dan produknya seperti tempe dan air soya.

5. Kismis ( hitam ) dimakan 21 biji

6. Sayur brocolli

7. Pistachio 3 biji sehari sudah mencukupi

8. Ikan Terubuk, Salmon, dan belut

9. Barli

10. Badam (almond)

Diantara makanan yang mengurangkan daya ingatan ialah:-

1. Makanan segera ataupun junk food

2. Arak @ tuak

3. Makanan masam seperti jeruk

4. Epal hijau ( acidic)

5. Daun ketumbar

6. Kepala ikan terutama kepala ikan bilis

7. Air dimasuki semut

8. Air yang berkafin ( caffein )

9. Organ dalaman binatang

10. Air berkabonat


Mudah - mudahan pelajar tidak lagi memakan makanan yang tidak bernilai dan memberitahu kawan-kawan tentang perkara ini .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan