Isnin, 28 Februari 2011
Orientasi Pelajar Tingkatan 4
Orientasi pelajar tingkatan 4.Untuk memperkenalkan mata pelajaran tambahan untuk kelas Sains,Sastera, dan MPV. Memperkanalkan guru-guru matapelajaran dan guru kelas. Pembahagian kelas pelajar mengikut keputusan PMR.
Isnin, 7 Februari 2011
Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1
Seramai kira-kira 120 orang pelajar lepasan UPSR mendaftar di Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi. Pelajar ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan berbilang kaum. Kebanyakkan pelajar berasal dari sekitar Kampung Keladi dan taman perumahan sekitar. Lepasan SK Keladi, SK Tunku Malik, SK Kulim dan beberapa sekolah rendah sekitar mengisi bangku Tingkatan 1 SMK Keladi pada tahun ini.
Pendaftaran yang dirancangkan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Ibu bapa kebanyakkannya datang awal untuk mendaftarkan anak mereka. Pelajar masih kelihatan malu-malu namun teruja untuk mendaftar di sekolah ini.
Langgan:
Catatan (Atom)