Jumaat, 26 Mac 2010

Larian 1 Malaysia

Gambar-gambar sempena aktiviti larian 1 Malaysia...

Pelajar dilepaskan mengikut kelas masing-masing..

Ragam pelajar semasa berlari



1 Guru-guru yang menjadi hakim sedang mengira markah..
2 Cikgu perempuan tekun mendengar
3 Cikgu Mizi dan Cikgu Ravi bincang apa ekk??
4 Entah apa la yang Cikgu Zol tunjukkan tu?



Ujian 1

Ujian kali pertama SMK Keladi telah dijalankan pada 7-11 Mac yang lalu. Diharap pelajar telah berjaya mendapat markah yang cemerlang. Masih ada banyak masa dan ruang untuk berusaha.

Antara ragam pelajar semasa ujian...







Pelajar-pelajar tekun menjawab soalan..

Namun akhirnya ada juga yang mengambil kesempatan untuk tidur..



Keceriaan sekolah



Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi telah membeli sebanyak 200 pokok bunga kertas pelbagai jenis dan warna untuk ditanam di kawasan sekitar sekolah. Ini adalah bertujuan untuk menceriakan lagi kawasan sekolah dan memupuk sikap sayangkan tanaman di hati pelajar.

Para pelajar turut membantu menanam pokok-pokok bunga kertas tersebut di sepanjang jalan utama pintu masuk ke sekolah serta bergilir-gilir menyiram semua pokok ini..


Majlis Sambutan Maulidur Rasul


Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul pada 6 Mac 2010. Sambutan ini diadakan sempena memperingati junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w yang dikasihi. Majlis ini dimulakan pada pukul 8.00 pagi di mana semua pelajar dan guru berkumpul di medan letak kereta sekolah.


Para pelajar diminta untuk berpakaian kebangsaan iaitu baju melayu untuk pelajar dan guru lelaki manakala pelajar perempuan memakai baju kurung. Selain itu mereka diarahkan untuk berarak mengikut pasukan beruniform masing-masing. Pasukan uniform juga diminta menyediakan kain rentang atau sepanduk serta perhiasan lain yang difikirkan sesuai. Selain itu, markah akan diambilkira untuk kain rentang dan kerjasama semasa perarakan berlangsung.


Berikut merupakan kain rentang yang dihasilkan oleh pelajar.


Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia mendapat tempat Pertama.
(Macam hasil profesional kan??. Inilah hasil kerja Cikgu Zaini dan anak-anak buahnya)


Pelajar Tingkatan Enam mendapat tempat kedua.
(Cikgu Sagirman pun tumpang bergambar sama...)

Tempat ketiga jatuh kepada Kadet Polis Wanita.
(Pilihan warna yang menarik)

Lain-lain kain rentang...




Guru dan pelajar berarak daripada SMK Keladi ke Masjid Kg. Keladi. Apabila tiba di Masjid Kg. Keladi, pelajar diberi jamuan ringan dan seterusnya mendengar ceramah oleh ustaz yang telah dijemput khas.


Selepas itu, guru dan semua pelajar menikmati jamuan iaitu Nasi Tomato yang dimasak dengan kerjasama guru dan AJK Masjid Kg. Keladi.

Jumaat, 5 Mac 2010

Kursus, Motivasi dan Mesyuarat Kali Pertama 2010

Jamuan Akhir Tahun 2009

Aktiviti NILAM


Antara aktiviti NILAM yang dicadangkan:


1. Projek CAKNA

Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru mengikut jadual ditempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing akan membantu pelajar yang tidak boleh membaca dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap buku yang dibaca. Pelajar yang lebih baik kefahamannya dan boleh menulis, mempersembahkan kefahaman mereka dalam bentuk grafik, komik, kartun dan kulit buku.



2. 1 + 1 = 100

Seorang pelajar membaca sebuah buku dan disebarkan kepada 100 orang rakannya.

3. 30 Minit Bersama Buku

AJK memilih hari dan masa yang sesuai mengikut jadual waktu. Hari dan masa akan berubah pada minggu berikutnya, melibatkan semua warga sekolah. Aktivti membaca ditetapkan oleh guru matapelajaran pada waktu tersebut. Catatan dimasukkan dalam buku program dan buku rekod membaca.


4. Anotasi Buku

Pelajar membuat ulasan mengenai buku yang dibaca melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

5. Bercerita

Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang sesebuah cerita dengan menceritakan semula kepada rakan lain.

6. Bina Minda / Mindaku Kreatif/ Semarak Minda

Pelajar menggunakan imaginasi untuk meluaskan idea dan kefahamannya berdasarkan sebuah buku yang dibacanya.

7. Khemah Membaca

Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pencarian maklumat. Pelajar akan mempamirkan hasilan projek dan persembahan di akhir kursus.

7 Lakonan

Kumpulan pelajar yang telah membaca buku yang sama merancang dan mengelola satu persembahan berdasarkan cerita dari buku tersebut.

8 Membaca Bersama

Pelajar memilih rakan-rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca bersama. Mereka membaca buku yang sama untuk mencari maklumat tentang sesuatu tajuk yang mereka pilih.

9 Membanding dan Membeza

Pelajar menggunakan rajah Venn untuk membandingkan keadaan sesuatu watak sebelum dan selepas sesuatu peristiwa yang dialaminya, atau membandingkan dua watak dalam sebuah cerita.

12. Membuat Seekor Ulat Buku

Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen ‘ulat buku’.

10 Puisi

Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sesebuah puisi yang dibaca dengan menulis apa yang dirasai dan sebab mereka merasai begitu.

11 Wadah Bestari

Pelajar diberi satu tajuk, kemudian pelajar tersebut merujuk beberapa buah buku untuk memetik fakta. Tajuk tersebut didedahkan semasa perhimpunan mingguan. Pelajar lain dikehendaki mencatat apa yang dilafazkan pelajar tesebut.

12 Perbahasan

Pelajar berdebat secara formal tentang suatu isu dengan mengambil petikan dari beberapa buku yang telah dibacanya untuk menyokong hujahnya.

13 Bicara Buku (forum)

Sekumpulan pelajar menggunakan daya kreatif masing-masing untuk membuat ulasan, kupasan dan kritikan mengenai sebuah buku.

14 Pidato

Pelajar menyampaikan pidatonya dengan mengambil petikan dari beberapa buku yang telah dibacanya untuk menyokong hujahnya.

15 Spelling Bees

Interpretation of poetry or prose from a book comprising anything from half a dozen to a hundred speakers. It involves a full and varied use of individual voices that make up a group.

16 Choral Speaking

A chain spelling activities by a group of students. A ’Bee Master’ choose a word from a book, spell and say the word.. The last person will continue to spell and say a new word according to the last alphabetical letter of the word spelled by the bee master.

17 Pinjamkan Buku

Pelajar memperkenalkan sebuah buku yang telah dibacanya kepada kumpulannya kemudian meminjamkan buku tersebut kepada rakan dalam kumpulannya tadi.

18 Projek Banyak Membaca

Mempamerkan carta skor nilam di tempat sesuai untuk menunjukkan jumlah bacaan pelajar. Ganjaran diberikan kepada pembaca terbanyak.

19 ‘Walking Dictionary’

Pelajar memakai tag nama di mana perkataan perbendaharaan kata bagi minggu itu diperkenalkan.

20 Akhbar Dalam Darjah

Penggunaan Suratkhabar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

21 Buku Ditangan

Pelajar-pelajar sentiasa bersama buku di mana-mana saja mereka berada.

22 Buku Skrap

Merupakan aktiviti bulanan dan bahan diambil dari petikan majalah atau akhbar.

23 Bulan Membaca

Beberapa aktiviti membaca dijalankan di sepanjang bulan Julai setiap tahun.

24 Laluan Iqra / Hentian ilmu

Bahan bacaan diletakan di sudut-sudut tertentu untuk dibaca murid pada waktu rehat.

25 Minggu Membaca

AJK memilih minggu yang bersesuaian. Aktiviti yang dirancang biasanya dalam bentuk pertandingan.

26 Projek Literasi Maklumat / Info- Hunt

Kemahiran mencari bahan merupakan satu proses penting untuk mencapai pembelajaran yang berkesan. Murid dilatih mencari bahan dari: rak, ‘paper cutting’, ‘micro film’, ‘electronic journal’, sumber media dan glosari buku.

27 Projek Pukal

Kotak / bakul bacaan yang dibekalkan oleh PSS dan dikendalikan oleh guru kelas.

28 Kuiz Bestari

Kuiz berkaitan mata pelajaran di sekolah.

29 Kisahkan Semula

Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, menulis semula cerita dengan perkataan sendiri.

30 Melukis Kulit Buku

Pelajar perlu membaca sebelum melukis kulit buku. Biasanya buku yang dipertandingkan tiada kulit ( buku rosak atau sedang dibaik pulih).

31 Menyambut hari berkenaan buku

* Bulan Membaca Kebangsaan – Julai

* Hari Buku Sedunia – 23 April

* Hari Pusat Sumber Sekolah Antarabangsa – Isnin minggu keempat Oktober


Laporan NILAM


Laporan NILAM akan dilengkapkan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan mengira jumlah laporan bacaan pelajar setiap 3 bulan sekali.

Selepas itu, guru mata pelajaran akan menyerahkan data tersebut kepada Penyelia NILAM Tingkatan yang akan mengumpulkan semua data NILAM bagi tingkatan masing-masing.

Data NILAM akan diserahkan kepada Guru Unit NILAM untuk dibuat analisis dan laporan.

Jadual NILAM




Guru boleh membawa pelajar ke Perpustakaan al-jauhar untuk aktiviti NILAM mengikut jadual yang ditetapkan. Harap maklum.

Laporan PSS

Sistem Automasi

i) Modul OPAC

OPAC adalah singkatan kepada ’ Online public Access Cataloging’. Ia adalah satu kaedah di mana pengguna boleh menggunakan mengakses bahan buku-buku dan bahan media yang terdapat di dalam perpustakaan secara elektronik ataupun manual.




ii) Modul operasi

Modul operasi dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu pinjaman, penghantaran dan penempahan. Alat pengimbas kod bar diperlukan untuk melakukan pinjaman dan penghantaran.


iii) Modul pendaftaran

Mengandungi dua bahagian iaitu peminjam dan bahan. Bahagian peminjam adalah untuk mendaftarkan ahli sebelum urusan pinjaman dijalankan.Bahagian bahan pula telah tersedia dengan kod panggilan Dewey.


iv) Modul bayaran

Modul untuk pembayaran yuran dan denda. Ia juga merangkumi pembayaran untuk gantirugi bahan yang rosak dan hilang.


v) Modul inventori

Modul ini membolehkan bahan yang ada di dalam perpustakaan disemak mengikut tajuk / penerbit / pengarang / deskripsi / no. rujukan / no. panggilan / subjek atau jenis bahan.


vi) Modul laporan

Sistem ini memberi maklumat tentang peminjaman, bahan, peminjam, graf dan kadar serta NILAM.


vii) Modul utiliti

Dalam modul ini, tahap akses atau tahap sekuriti pengguna sistem ini boleh ditetapkan.


viii) Modul tambahan

Dalam modul tambahan ini, pengguna boleh menggunakan Microsft Excel untuk memindahkan data dari pangkalan data dan sebaliknya.


Rancangan Tahunan

Rekod Penggunaan

Fail Kuasa

Tugas JK Kerja

Tugas JK Induk

PAKAIAN BERTUGAS

PROSEDUR PEMILIHAN

AKTIVITI

TUGAS

WAKTU BERTUGAS 2010

SENARAI NAMA PENGAWAS PSS AL-JAUHAR 2010

AKTIVITI PENGAWAS

PENGENALAN NILAM

Program Nilam
PENGENALAN
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan(Pengurusan)
Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (Aktiviti)
Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun (Penilaian)
MATLAMAT
Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.
OBJEKTIF
1. Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti & bukan sahaja
pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)
2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat
membaca ini.
CIRI - CIRI PELAKSANAAN
Rekod Bacaan (buku rekod murid)
Borang Rekod (penilaian guru)
Pengiktirafan (ganjaran ikut tahap)(cth: Tokoh Membaca/ Tokoh NILAM)
TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM
Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:
1. Tahap Jauhari - membaca banyak buku & direkodkan (bil/ tajuk/ penulis/ringkasan)
2. Rakan Pembaca - sudah membaca 100 buku & jalankan aktiviti pembacaan
NILAM TAHAP JAUHARI
Sekolah Rendah
Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan diri dengan banyak membaca sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu).
90 - 179 buku - Gangsa
180 - 269 buku - Perak
270 - 359 buku - Emas
360 buku ke atas - NILAM (permata)
Sekolah Menengah
Pelajar pada peringkat menengah pula wajib melibatkan diri dalam aktiviti pembacaan berterusan sebaik sahaja mereka melangkah ke Tingkatan Satu.
72 - 143 buku - Gangsa
144 - 215 buku - Perak
216 - 287 buku - Emas
287 buku ke atas - NILAM (permata)
RAKAN MEMBACA

--> Fasilitator membantu murid membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan murid secara formal ( dalam majlis / pertandingan ) atau tidak formal (misalnya kerja amal / di kelas).
--> Akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat-tempat aktiviti untuk menjalankan aktiviti RP.
--> Dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti :
aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku.
--> Akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini.
--> Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP
MARKAH PENGIKTIRAFAN

100-199 = Gangsa
200-299 = Perak
300-399 = Emas
400 ke atas = Nilam
AKTIVITI RAKAN PEMBACA

1. Bercerita tentang cerita dari buku yang telah dibaca (rekod) kepada penonton dalam pertandingan (formal), pelbagai bahasa dalam 5-7 minit.
2. Bercerita secara tidak formal seperti kerja amal utk lencana pengakap di rumah kebajikan (cth: bedtime stories)
3. Berucap secara tidak formal di dalam kelas (public speaking) semasa proses pengajaran. Cth:- menerangkan proses kitaran hujan (Sains) hasil dari pembacaan
- menerangkan jalan cerita / watak & tema dari buku sastera yang dibaca
- menerangkan tentang gerakan (Sejarah)
KIRAAN PEMARKAHAN TAHAP RAKAN PEMBACA

Aktiviti bercerita

1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
1 sesi x 100 pendengar = 5 markah
Membaca bersama

1 sesi x 5 pembaca = 5 markah
1 sesi x 10 pembaca = 5 markah
Bicara Buku / Forum Buku / Ulasan Buku

1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
1 sesi x 100 pendengar = 5 markah
Meminjamkan buku (t.t. peminjam)
1 buku x 2 peminjam = 2 markah
1 buku x 5 peminjam = 5 markah

STRATEGI PELAKSANAAN

LANGKAH PERTAMA

Wujudkan Jawatankuasa dalam organisasi sekolah, yang mana :
i) Seorang guru perlu dilantik sebagai penyelaras NILAM dalam jawatankuasa PSS (NILAM adalah aktiviti sekolah), guru2 lain juga adalah guru NILAM.
ii) Guru NILAM bertanggungjawab untuk mengumpulkan data dari semua guru kelas
iii) Menyelaraskan sistem Fail Kuasa NILAM, Fail Pengurusan NILAM
iv) Menganjurkan aktiviti pembacaan (bekerjasama dengan guru lain)
LANGKAH KEDUA

1. Menyediakan bahan bacaan sebanyak mungkin di PSS atau adakan Peti Buku Bergerak / adakan perkhidmatan menjilid/ pinjaman
2. Menyediakan buku rekod (jual/ riso)

LANGKAH KETIGA

1. Wujudkan satu polisi di sekolah cara mengumpul data NILAM :
- sebulan sekali/ 3 bulan sekali.
- tarikh akhir hantar laporan atau data
- ada laporan ringkas peningkatan.
- bacaan pelajar secara individu / kelas
- ada profil murid pembaca NILAM.
- ada rekod pencapaian jumlah buku ikut subjek – kelas – tingkatan.
2. Galakkan murid membaca di sekolah semasa ketiadaan guru atau pada masa senggang di
rumah
3. Galakkan pemberian token / hadiah apabila murid capai ke satu tahap membaca (cth : SK -
beri stiker pd buku rekod / SM ; beri kupon utk tukar hadiah minuman/ T-shirt/cap)
4. Mengadakan kaedah kutipan rekod (cth) :
- guru matapelajaran tanda semasa kelas.
- guru kelas kutip buku rekod / fail pada setiap akhir dua bulan
- buku rekod NILAM simpan di PSS ikut kelas / ruang khas di PSS
- guru beri data kepada penyelaras NILAM
- guru NILAM kumpul data, buat analisis kira statistik & hantar data kepada penyelaras PSS.
LANGKAH KEEMPAT

1. Belajar & mengajar Teknik Kemahiran Membaca kepada murid
2. Adakan sesi aktiviti membaca dengan Kemahiran Membaca (satu masa khusus dalam PSS /
semasa proses P&P) dan guru tahu masalah membaca

STRATEGI MENJALANKAN AKTIVITI DAN MASA PELAKSANAAN

1. Guru-guru hendaklah memantau aktiviti pembacaan di sekolah misalnya :
- Satu masa membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas matapelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris atau bawa buku ke dalam kelas.
- Gunakan masa 1-2 waktu di PSS utk menjalankan aktiviti ; (murid cari
maklumat daripada bahan bacaan di PSS).
- Gunakan 10-15 minit semasa P&P untuk membaca teks tentang sesuatu tajuk pelajaran
dan catat sedikit nota (point form) ke dalam rekod, laporan penuh
direkodkan hanya apabila habis satu buku yg dikongsi dalam kelas (rizzo/ berapa helai
seminggu atau tulis di whiteboard)
- Membuat sesi bacaan puisi / poem recital semasa sesi pengajaran sebagai aktiviti Rakan
Pembaca
- Gunakan 10-15 minit utk. Membaca Dengan Kuat (Reading Aloud) dalam P&P
terutamanya dalam pelajaran B.I, Arab,agama atau satu aktiviti formal
- Utk m.pelajaran lain spt Sejarah / Kimia/ Sains, galakkan tugasan folio & catatkan
ringkasan ttg. buku rujukan utk tugasan.

CONTOH AKTIVITI MEMBACA

Ø Projek Pukal
Ø Projek Iqra
Ø Forum Buku (tajuk/ diskusi ttg tema dll)
Ø Khemah Membaca (pelbagai aktiviti)
Ø Bacaan Kegemaran Saya
Ø Kuiz Bestari (uji I.Q, Pengetahuan Am)
Ø Ulasan buku (secara menulis/lisan)
Ø Projek Cakna
Ø Peti Buku Bergerak (bawa buku ke kelas)
Ø Rantai Buku (sambung cerita)

LANGKAH KELIMA

1. Mengadakan Promosi Galakan Membaca
- Menampal poster NILAM / buat brosur NILAM di PSS & beri pada hari PIBG
- Kempen beli buku terpakai / derma buku semasa Bulan Membaca/ Minggu PSS / Hari
Kantin / Mesy. PIBG
- Adakan Kelab Buku Sekolah / PSS & dapatkan diskaun buku
- Galakkan pemberian hadiah / anugerah kepada guru :
- mencapai rekod mengumpul data NILAM terlengkap.
- data murid menghantar, rekod bacaan, NILAM teramai.
(dinner/ hi-tea for 2 / hadiah barangan elektrik semasa jamuan tahunan)

LANGKAH KEENAM (GANJARAN)

Ø Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan Murid pada setiap akhir tahun.
Ø Markah Rekod bacaan ini dikira dari jangkamasa 6 tahun persekolahan peringkat Rendah dan 5 tahun persekolahan peringkat Menengah.
Ø Markah Rekod Bacaan ini akan dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti apabila pelajar menamatkan persekolahannya.
Ø Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada pelajar yang layak menerimanya.
Ø Pelajar yang telah mencapai rekod bacaan tertinggi di peringkat kebangsaan akan diberi Anugerah NILAM.

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIBERI PENEKANAN

Ø Penyediaan koleksi bahan-bahan bacaan pusat sumber.
Ø Sokongan pihak pentadbir sekolah (pemantauan & kewangan)
Ø Penglibatan ibubapa/ PIBG/ Y.B/JPN
Ø Sponsor / sumbangan syarikat, NGO
Sumber :
btpnkedah.edu.my

Jawatankuasa Lembaga Pengawas Pusat Sumber al-Jauhar 2010

PENASIHAT : Pn. Zuraihan bt Yusof

PENGERUSI : Liana Bt. Mansor (6A1)

NAIB PENGERUSI : Zulnurain Bt. Dzulkarnain (5 S)
: Muhd Syaaban Bt. Abd Halim (5k2)

SETIAUSAHA : Nurul Hamiza Bt. Zaffarollah (5 S)

PEN. SETIAUSAHA : Syaza Nabilah Bt. Rosli (5S)

BENDAHARI : Sheerem Bt. Shahruzzaman (5 MPV)

PEN. BENDAHARI : Suhailey Bt. Shahbudin

AHLI JAWATANKUASA

WEBMASTER : Nurul Hamiza (5 S)

PUBLISITI : Syaza Nabilah (5S)

KECERIAAN : Syaaban (5K2)

NILAM : Zulnurain ( 5 S)

REKOD : Liyana ( 6 A 1)

SISTEM KEAHLIAN : Sheerem (5 MPV)

Jawatankuasa Induk Pusat Sumber al-Jauhar 2010

PENGERUSI : Tn. Haji Miskin b. Raboo (Pengetua)
NAIB PENGERUSI : En. Mat Isa b. Ibrahim (PK 1)
SETIAUSAHA : Pn. Zuraihan bt. Yusof (GPM)
AHLI JAWATANKUASA : En. Hamdi b Mat Ali (PK HEM)
En. Roslan b Don (PK KOKO)
En. Abd. Zulqurnain b Hassan (GK Kemanusiaan)
Pn. Norfaza bt Ahmed Zawawi (GK Bahasa)
Pn. Hasmah bt Abdullah (GK Sains dan Matematik)
Pn. Zabariah bt Mamat (GK Teknik Vokasional)
En. Hashim b Daud (Wakil PIBG)

Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber al-Jauhar 2010

PENGETUA : Tn. Haji Miskin b. Raboo
PK PENTADBIRAN : En. Mat Isa b. Ibrahim
PENYELARAS PSS : Pn. Zuraihan bt. Yusof
UNIT PERPUSTAKAAN : Pn. Rosemah bt. Adenan
En. Mokhtar b. Daud
UNIT MEDIA : Pn. Nurhasanah bt. Che Mat
UNIT ABM : Cik Rofizah bt. Ahmad
UNIT NILAM : Pn. Norfaza bt. Mohamed Zawawi
TINGKATAN 6 : Pn. Salmiah bt. Md Isa
TINGKATAN 5 : Pn. Sofiah bt. Hashim
TINGKATAN 4 : Pn. Norlida bt. Ahmad Zainudin
TINGKATAN 3 : Pn. Ku Atikah bt. Ku Ismail
TINGKATAN 2 : Pn. Zuraini bt. Ishak
TINGKATAN 1 : Pn. Rosmawati bt. Din

Matlamat PSS



  1. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.

  2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.

  3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.

  4. Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer.

Objektif PSS



Menguruskan maklumat
PSS sebagai tempat mengumpul, menyimpan serta mengedarkan berbagai-bagai maklumat. Maklumat-maklumat ini mencakupi pelbagai bidang keilmuan seperti kemanusiaan, sains, teknologi, agama dan sebagainya. Dengan maklumat-maklumat inilah guru-guru dan para pelajar dapat memperkayakan pengalaman-pengalaman pengajaran pembelajaran mereka.

Kecemerlangan pendidikan
Adalah diharapkan PSS akan dapat mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran serta dapat meningkatkan prestasi pencapaian akademik dikalangan pelajar-pelajarnya.

Penggunaan kemudahan
Menggalakkan pelajar-pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka mempunyai tahap keilmuan yang tinggi hasilnya dari kajian dan pembacaan yang tidak ditumpukan kepada buku teks semata-mata.

Memupuk Tabiat Belajar
Adalah diharapkan dengan adanya Pusat Sumber Sekolah akan dapat menbantu memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.

Penghasilan Bahan
Pusat Sumber Sekolah juga merupakan tempat untuk menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan/ bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Perkhidmatan Pembelajaran
Pusat Sumber Sekolah juga harus berupaya memberi pandangan dan cadangan untuk melaksanakan kurikulum sekolah dengan berkesan. Oleh yang demikian, kakitangannya bukan sahaja mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang media pendidikan tetapi juga bagaimana media dapat disepadukan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya berkesan. Khidmat runding dan nasihat ini hendaklah ditawarkan bila-bila masa yang diperlukan. Ia boleh diberi dalam bentuk sesi tunjuk ajar, bengkel, kursus, pameran, temubual, dialog atau apa sahaja cara yang boleh menghasilkan konteks antara kakitangan media dengan guru-guru dan para pelajar.

Kemahiran Maklumat
Pusat Sumber Sekolah juga seharusnya berperanan melatih pelajar-pelajar supaya dapat menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran mereka.